Nuffnang Ads

Ogos 04, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak ^^v

 Assalamualaikum dan selamat pagi awak2 semua !
Awak2 semua dah breakfast ?? Opss,lupa sekarang kan bulan puasa.Hehehe...
Awak2 semua sahur apa tadi pagi ?? Urmmm,baru betul kan ? Hahaha...
Tikah hari ni cuma bersahur dengan se'mug' Ho Ho Ho Horlicks suam je sbb malas nak buat Nesvita 3 in 1 yang selalunya menjadi pilihan Tikah sebagai menu untuk bersahur.
Lagipun,sakit perut yang semenjak dari semalam pagi tu tak hilang lagi lah sebab tu la malas nak makan.Huhuhu...
Sebenarnya tujuan Tikah tulis entry pada hari ini adalah bagi mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua Umat Islam Di Dunia.
Especially,rakyat Malaysia dan warga Johor ^^v
Maaf di pohon kerana kelewatan mengucapkn Selamat Berpuasa pada tahun ini,kerana kesibukan diri yang teramat sangat lah kononnya.
Sehinggakan sudah masuk hari ke-15 berpuasa barulah berkesempatan mengucapkannya kepada semua pembaca :')
Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta makna dan keberkatan dalam hidup awak2 semua dan diri Tikah sendiri .
Pertingkatkanlah amalan sunat di samping amalan wajib yang perlu dijaga sentiasa.
Antara amalan2 sunat yang Tikah berkesempatan lakukan di bulan Ramadhan pada tahun ini adalah dengan menunaikan Solat Dhuha,Solat Hajat,Membaca Al-Quran dan Yassin hampir setiap hari jika tiada sebarang halangan.
Selain itu,perbanyakkanlah bersedekah terutama kepada orang2 yang benar2 memerlukan.Sesungguhnya itu adalah lebih baik daripada kita berhabis duit dekat bazaar Ramadhan tu. Beli bukan main macam2 lagi tapi at last tak habis pun, kemudian buang segalanya.Kan dah berlaku pembaziran di situ
Awak2 semua macam mana pula ?? Bagi Tikah Ramadhan kali ni agak baik dari tahun2 yang lepas :)
Alhamdulillah.
Semoga amalan2 sunat yang Tikah mula praktikkn semenjak seminggu sebelum Ramadhan ni akan berterusan sehingga bila2 w'pun bukan dalam bulan Ramadhan. Insya-Allah...
Okeylah,cukup sekadar sampai di sini untuk entry kali ni sebab bulan puasa tak boleh banyak2 bebel nanti kering tekak.Hahaha...
Assalamualikum semua. Tata titi tutu ^_^


 Full of Love,

LinkWithin

Thanks For Your Time
Assalamualaikum
Hot Myspace Generators Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...