Nuffnang Ads

Disember 14, 2012

Say Goodbye To SCHOOL :)

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari Jumaat bersamaan 1 Safar 1434 Hijrah,
Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana pada hari ini Tikah masih diberi kesempatan menikmati kehidupan,
Wahhh,berpujangga pula Tikah ni kan ??? Actually,bukan lah nak berfatwa pujangga sangat pun cuma nak mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t,
Tanggal 12/12/2012 merupakan tarikh yang sangat lah bermakna pada tahun ni buat Tikah kerana pada tarikh itu adalah hari terakhir Tikah memakai uniform sekolah :)
Sekolah tiada lagi dalam kamus hidup Tikah selepas 14 tahun Tikah mengenakan uniform sekolah,
Ya Allah,masa paper terakhir haritu memang sangatlah tak sabar nak tunggu exam start sebab terlalu excited nak say goodbye dekat sekolah,
Walaupun xcited menguasai diri Tikah tak dapat nak nafikan juga yang sememangnya terselit rasa sayu di hati,
Tikah hanya bersekolah selama setahun setengah saja di situ tetapi pelbagai pengalaman suka duka pahit manis tawar masin dan banyak lagi lah yang Tikah lalui,
Tulus dan jujur dari hati memang ramai kawan yang Tikah dapat dan kenal tetapi maaf andai Tikah katakan ada yang tak berapa nak berkenan di hati atas sebab-sebab tertentu,
Namun sebagai manusia kita tak pernah lari dari kesilapan dan kita juga tak mungkin dapat memuaskan hati semua orang begitu juga diri Tikah sendiri,
Dalam pada gembira kerana segala-galanya telah berlalu dan berakhir Tikah tak penah nafikan yang sebenarnya Tikah tersangat lah takut dengan result yang akan keluar kelak,
Padahal exam baru saja habis tapi dah mula cuak dan gundah gulana memikirkan keputusan yang bakal diterima nanti,
Walau bagaimanapun,Tikah tidak akan pernah putus untuk berdoa agar mendapat keputusan yang baik demi kedua orang tua Tikah (Insya-Allah),
Okey,stop pasal exam.Now segalanya harus berubah,Tikah tidak akan sekali-kali menjadi penganggur terhormat ye anda semua,
Next mission is find a job. What's kind of job are you looking for cik Tikah ??? I tak kisah actually as long as rezeki yang diterima itu adalah HALAL,
Tapi kalau boleh kerja tu tak perlu berhadapan dengan pelbagai umat manusia yang pelbagai ragam,majikan yang menghamba abdikan pekerja,mempunyai schedule yang tetap dan bayaran gaji yang on time (tadi kata tak memilih ??? Hehehe),
Actually memang tak memilih pun tapi KALAU BOLEH,kan dah diboldkan tu,
Tikah bukan apa,Tikah taip macam tu sebab Tikah tak nak pisang berbuah dua kali ataupun sejarah berulang walhal sememangnya sejarah tu tetap akan berulang,
Ohoiii,banyak lah pula rasanya yang dah Tikah taip pada hari ni.
Okeylah awak semua,sekian saja tarian jari jemari Tikah pada hari ni.
Tata titi tutu,Assalamualaikum ^^
 




Full of Love,

LinkWithin

Thanks For Your Time
Assalamualaikum
Hot Myspace Generators Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...