Nuffnang Ads

Disember 09, 2015

#FightLikeJalil

...Assalamualaikum...

Fuhhh ! Lama rasanya aku tak masuk menjengah kedalam Incik Blog aku nih kan ? Adalah lebih kurang setahun lebih jugak. Tulah pasalnya dah berhabuk bersawang segala tok nenek dah. Ecececehhh !!!!

Okay2 ! Sebenarnya tujuan aku menaip entri kali ini adalah ingin mengekspresikan rasa sedih aku as a Johorean dimana semua orang tahu pada tanggal 5th December 2015 kita dikejutkan dengan perkhabaran kemangkatan Tengku Laksamana Johor iaitu Y.A.M Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail (Putera Terbaik Bangsa). 
Almarhum Tunku Abdul Jalil disahkan meninggal dunia pada 7.11 petang di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.


As we know, Tunku Jalil atau lebih dikenali sebagai TJ merupakan anak keempat daripada 6 bersaudara. Tunku Jalil telah diputerakan pada 5th July 1990. TJ sangat dikenali disayangi dan InShaaAllah akan sentiasa diingati oleh semua orang terutama Bangsa Johor. 

Serba sedikit mengenai TJ :

  • Pernah bekerja sebagai penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun.
  • Berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan dari sebuah universiti di United Kingdom
  • Mencatat sejarah sebagai kerabat Diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor.
  • Beliau tidak bermain polo disebabkan alahan pada bulu kuda.
  • Menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini
  • Kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beramah mesra dan bertanya khabar
  • Disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan menjalani rawatan pemindahan hati di China.
Alhamdulillah, itulah serba sedikit yang umum tahu mengenai TJ. Tetapi sebenarnya banyak lagi mengenai TJ yang tidak tercatit diatas. 

Kehilangan TJ begitu terkesan kerana dialah Putera Raja yang PALING berjiwa rakyat dihati Bangsa Johor dan mungkin seluruh Malaysia.

Selepas kemangkatan dan pemakaman Almarhum Tunku Jalil, bonda TJ telah mencoretkan sebuah warkah khas untuk TJ dan telah dimuatnaik ke lelaman FB bondanya iaitu Raja Zarith Sofia.


"Warkah buat anakku, Jalil :
Mama tahu, satu satunya sebab Lil pergi kehospital adalah kerana Lil berada menanggung kesakitan yang amat sangat. Lil sebenarnya hendak kekal tinggal di rumah : Lil telah terlalu terlalu kerap ke hospital.
Namun Allah S.W.T., Yang Maha Mengetahui, menempatkan Lil disana agar kami, keluarga Lil, dapat meluangkan sebanyak masa bersama Lil.
Mama menyimpan seribu satu kenangan tentang Lil ketika Lil menghabiskan hari hari terakhir Lil di dunia ini.
Mama terkenang satu ketika sewaktu Lil memejam mata dan air mata menitis di pipi Lil, semasa Lil cuba melawan kesakitan yang ditanggung. Mama memegang tangan kiri Lil dan menangis.
Mama mencuba sedaya upaya untuk menahan sedu sedan Mama dari kedengaran. Mama fikir, Lil tidak nampak Mama menangis kerana mata Lil pejam. Tapi Lil tahu.
Lil meletak tangan kanan Lil diatas tangan Mama dan menepuk nepuk dengan perlahan, seolah berkata "Jangan menangis, Lil tidak apa apa."
Mama ingat semua mesej pesanan ringkas yang Lil hantar kepada Mama. Bila Mama mengatakan bahawa Mama telah berdoa untuk Lil, Lil membalas dengan mengatakan bahawa Lil juga telah berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. biarlah Lil yang menanggung semua kebimbangan Mama.
Bila mama melihat makam Lil, hati mama dipenuhi keperitan. Mama masih terbayangkan detik ketika Babah, abang dan adik Lil memenuhkan kubur dengan tanah sementara Boo dan Inah berdiri disisi Mama.
Mama memandang kearah abang dan adik Lil, dan membilang hanya tiga anak lelaki. Boo disisi mama. Anak lelaki Mama lima orang. Dimana anak mama yang lagi seorang? Dan mama baru tersedar bahawa Lil yang tiada. Lil kini berada dibawah timbunan tanah itu.
Dan pada ketika itu, mama menadah kedua tangan mama dan berbisik,  "Sesungguhnya dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami kembali. Daku  memulangkan kepadaMu,
Ya Allah, anakku."
Moga Lil ditempatkan bersama mereka yang soleh."

Begitulah coretan Raja Zarith Sofia dilaman FB miliknya yang telah menyentuh hati nurani setiap insan dan seluruh Bangsa Johor khususnya. Dapat kami bayangkan dan rasakan bagaimana perasaan itu. Sesungguhnya doa kami Bangsa Johor InShaaAllah akan sentiasa mengiringi Almarhum Tunku Jalil. Kehilangan "Putera Terbaik Bangsa" yang tiada gantinya sehingga meninggalkan kesan didalam diri setiap insan biarpun tidak pernah bersua rupa hingga akhir hayat. Hanya gambar, video dan coretan menjadi pengubat rindu kami kepada Almarhum TJ.

p/s: Ingin lebih mengenali Kerabat DiRaja Johor? Sila klik link berikut ( kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/ )



Thank You For Reading This Entry !







Tiada ulasan:

LinkWithin

Thanks For Your Time
Assalamualaikum
Hot Myspace Generators Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...